Sunday, April 19, 2009

perdana menteri ke 6

Sah Datuk Seri Najib Perdana Menteri Ke-6

E-mail Cetak PDF
Friday, 07 Rabi'ul Akhir 1430

Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia ke-6Pada hari ini Malaysia mendapat Perdana Menterinya yang keenam. Peralihan kepemimpinan berjalan dengan lancar. Proses kerajaan mencari rentak baru selepas gegaran pilihanraya umum 2008 masuk ke fasa yang baru.

KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Jumaat 3 April 2009

Sah Datuk Seri Najib Perdana Menteri Ke-6

Pada hari ini Malaysia mendapat Perdana Menterinya yang keenam. Peralihan kepemimpinan berjalan dengan lancar. Proses kerajaan mencari rentak baru selepas gegaran pilihanraya umum 2008 masuk ke fasa yang baru.

Umum akan mengucapkan tahniah dan menyambut baik Perdana Menteri yang baru. Apa jua tanggapan lalu biasanya digantung untuk memberi peluang PM baru menetapkan gaya dan dasar kepemimpinannya. . Inilah peluang memisahkan diri dari sejarah lampau dan menempa lembaran baru.

JIM berharap Datuk Seri Najib menjalankan pemerintahan dengan adil berlandaskan matan dan semangat Perlembagaan. JIM ingin mengingatkan bahawa Perlembagaan itu telah meletakkan kedudukan yang tinggi kepada agama Islam sehingga hanya dengan memelihara agama Islam perlembagaan negara dapat dilaksanakan. Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan dirinya sebagai “undang-undang utama Persekutuan” [Perkara 4 (1)] mengukuhkan lagi kedudukan Islam kerana terkandung di dalam Perlembagaan itu, dan disebut terlebih dahulu bahawa, “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan. .” [Perkara 3 (1)]. Menurut Perlembagaan, “kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong...dan kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri” [Perkara 39]. Oleh itu Perdana Menteri sebagai ketua jemaah menteri, hendaklah menjalankan pemerintahan dengan memenuhi sumpah DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk “...taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana Undang-undang dan Perlembagaan Negeri …mengaku dengan sesungguh dan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam..” [Jadual 4 Bahagian 1]. Oleh itu JIM berpandangan wajarlah Datuk Seri Najib menjadikan Islam sendi kepemimpinannya.

Melafazkan sumpah dengan menyeru nama Allah tiga kali adalah pengalaman yang syahdu. Ia mengingatkan tanggungjawab yang dipikul tidak dikongsi dengan orang lain. Itulah sebabnya para khalifah sentiasa memulakan pemerintahan mereka dengan mencari orang yang boleh membetulkan mereka jika mereka tersilap. Omar al-Khattab, khalifah yang kedua amat bersyukur ada sahabat yang sedia membetulnya walau dengan pedang. JIM mengesyorkan Datuk Seri Najib juga membuka ruang syura (consultation) yang luas dan mendengar teguran rakyat tanpa saringan.

Datuk Seri Najib mengambil alih teraju negara dalam suasana cabaran yang besar. Cabaran kemelesetan ekonomi dunia harus ditangani dengan mencari penyatuan kehendak politik (political will), kerjasama dan pelaksanaan langkah-langkah pemulihan yang adil. Cabaran kepada kewibawaan diri Datuk Seri Najib sendiri, seperti yang berhubung dengan urusan pembelian kapal selam Scopene, isu yang dikaitkan dengan kes Altantuya dan isu cubaan rasuah politik di Perak, hendaklah dijawab dengan menghilangkan sebarang rasa sangsi rakyat.. JIM mengesyorkan Datuk Seri Najib menjelaskan melalui saluran yang ada seperti di mahkamah atau kepada suatu suruhanjaya bebas. Berdiam diri atau mengambil tindakan menekan (suppression or repression) akan hanya mengesahkannya di dalam pemikiran rakyat.

Semoga Allah membimbing Datuk Seri.

Zaid KamaruddinPresidenPertubuhan Jamaah Islah Malaysia


Terakhir dikemaskini ( Friday, 07 Rabi'ul Akhir 1430 16:44 )

Minda Pimpinan

Temubual Bersama Presiden

Iklim Dakwah 70-anApabila ditanya tentang faktor-faktor yang membuka p...
Banner

No comments:

Post a Comment