Saturday, May 16, 2009

teka-teki

burung apa yang berkaki empat? ha sila jawab...

Thursday, May 14, 2009

hero dan heroin








gaya sakan budak-budak ni....












Biodata

Abdullah a Wahab. Kalau ada sesiapa yang lapar mari la ke sini, makanan masih banyak lagi





Salam

Hello kawan-kawan..

Sunday, April 19, 2009

matahari

AL-FALAK atau Astronomi merupakan satu bidang ilmu yang begitu kompleks dan rencam untuk dihuraikan, malah keterbatasan daya fikiran menyebabkan manusia tidak dapat mengkaji sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

Secara tidak langsung, Al-Falak mempunyai kaitan dengan hukum alam yang dicipta Allah s.w.t bagi berlangsungnya siang dan malam. Namun, apa yang membimbangkan, kita sering diwarnai dengan pelbagai terjahan fenomena yang seharusnya sebagai satu iktibar buat kita semua.

Fenomena matahari terbit dari barat merupakan satu kejadian yang membuatkan pakar-pakar sains berfikir bagi mencari dan mengkaji akan punca kejadian ini. Ianya juga telah mula diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu. Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud): “Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)

Sejauh manakah kebenaran fenomena ini? Ikuti wawancara HAPPIS BASHA bersama pakar astronomi negara, PROFESOR DR. MOHD ZAMRI ZAINUDDIN, mengenai fenomena ini.

Ybhg. Prof, apakah yang dimaksudkan dengan ’Retrograde Motion’ sehingga ada yang menyatakan bahawa matahari akan terbit dari sebelah barat?

’Retrograde Motion’ merupakan satu istilah sains atau lebih tepat dengan pergerakan orbit yang berlawanan. Seperti yang sedia maklum, planet-plenet terdiri daripada Marikh, Musytari, Zuhal, Zuhrah, Utarid, Uranus, Neptun, Pluto dan Bumi. Gerakan planet ini mengelilingi orbitnya sendiri. Bagi Marikh, ia mengambil masa dua tahun mengelilingi matahari berbanding bumi yang hanya mengambil masa satu tahun. ’Retrograde Motion’ ini berlaku apabila Marikh dan Bumi berada opposition atau bertentangan di mana pada suatu ketika Marikh kelihatan seolah-olah bergerak dari barat ke timur. Ini terjadi kerana pergerakan orbitnya yang condong. Ia terjadi setiap dua tahun di mana kelihatan planet Marikh seolah bergerak dari barat ke timur dan bukan dari timur ke barat.

National Aeronautic and Space Administration (NASA) ada menyatakan bahawa planet Marikh telah mengalami fenomena ini. Sejauh manakah kebenaran fenomena ini dan adakah matahari telah terbit dari sebelah barat di Marikh?

Apabila kita melihat daripada Bumi, seolah-olah Marikh bergerak dari barat ke timur. Tetapi apabila kita berada di Marikh, pergerakan orbitnya masih bergerak dari timur ke barat. Seperti yang kita ketahui, planet ini mempunyai 75 peratus ketumpatan berbanding Bumi, dan tidak mempunyai medan magnet sekuat Bumi. Kejadian matahari terbit dari barat di Marikh masih belum terjadi dan masih di dalam kajian dan penyelidikan para saintis dunia.

Apakah pandangan atau kajian saintis mengenai kejadian ini dan adakah ia boleh berlaku kepada bumi dengan cara yang lain?

Ia boleh berlaku dalam keadaan Bumi dilanggar komet yang besar, lalu beralih pusingan orbitnya dari barat ke timur. Dari sudut yang lain pula, ia boleh terjadi kerana matahari merupakan bintang yang besar dan ia boleh mengembang dan membesar apabila matahari membakar keseluruhan hidrogen di dalamnya dan menjadi red giants atau gergasi merah. Malah pengembangan ini akan merangkumi orbit Utarid dan orbit Kejora sehingga ia akan menghampiri dengan Bumi dan dikatakan sejengkal berada daripada kepala manusia. Saintis menjangka matahari berusia 5,000 juta tahun dan pembakaran hidrogen ini juga dijangka mengambil masa sehingga 10,000 juta tahun, malah ia turut membimbangkan para saintis jika ia berlaku dalam masa yang terdekat.

Adakah kejadian fenomena ini telah dijangkakan atau satu keganjilan dalam ilmu astronomi?

Ia bukanlah satu keganjilan dalam dunia sains, cuma ia terlalu kompleks untuk dikaji dan diketahui bila ianya akan berlaku. Seperti yang kita ketahui, saintis Barat juga mengakui kebenaran matahari akan terbit dari sebelah barat dan ia akan berlaku kepada semua planet termasuk Bumi sendiri.

Apakah implikasi besar kepada pergerakan Bumi jika fenomena ini terjadi?

Pergerakan Bumi masih lagi seragam dan stabil. Cuma jika dibandingkan dengan Marikh, orbit Bumi lebih kecil daripada Marikh kerana Bumi berada dekat dengan matahari. Malah pergerakan bumi dipengaruhi oleh graviti bulan dan matahari kerana bulan berkaitan dengan proses air pasang surut laut. Jika berlaku sebarang kejadian atau perubahan pada bulan ia turut memberi kesan kepada Bumi yang akan mengakibatkan ketidakseimbangan sistem kepada Bumi.

Bolehkah para saintis mentarifkan bila akan berlakunya fenomena ini?

Fenomena ini masih di dalam kajian dan dijangka pada 2014 nanti satu komet yang besar akan berada lebih kurang 40 km laluannya dari Bumi. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada Bumi, malah penemuan kawah tinggalan asteroid di Chicxuclub, Semenanjung Yucatan kira-kira 322 km di Barat Cancun, Mexico, pada tahun 1991 telah membuktikan bahawa perkara ini pernah terjadi. Kawah dengan diameter selebar 160-240 km ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana diliputi sedimen sejak jutaan tahun lalu. Komet adalah asteroid yang merupakan objek angkasa bersaiz kecil dan tidak mempunyai bentuk yang khas. Permukaannya beku serta mengumpul debu dan batuan kecil dari angkasa dan jika ia sebesar gelanggang tenis kekuatan hentamannya pada Bumi adalah lima kali ganda daripada letupan atom yang berlaku di Hiroshima.

perdana menteri ke 6

Sah Datuk Seri Najib Perdana Menteri Ke-6

E-mail Cetak PDF
Friday, 07 Rabi'ul Akhir 1430

Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia ke-6Pada hari ini Malaysia mendapat Perdana Menterinya yang keenam. Peralihan kepemimpinan berjalan dengan lancar. Proses kerajaan mencari rentak baru selepas gegaran pilihanraya umum 2008 masuk ke fasa yang baru.

KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Jumaat 3 April 2009

Sah Datuk Seri Najib Perdana Menteri Ke-6

Pada hari ini Malaysia mendapat Perdana Menterinya yang keenam. Peralihan kepemimpinan berjalan dengan lancar. Proses kerajaan mencari rentak baru selepas gegaran pilihanraya umum 2008 masuk ke fasa yang baru.

Umum akan mengucapkan tahniah dan menyambut baik Perdana Menteri yang baru. Apa jua tanggapan lalu biasanya digantung untuk memberi peluang PM baru menetapkan gaya dan dasar kepemimpinannya. . Inilah peluang memisahkan diri dari sejarah lampau dan menempa lembaran baru.

JIM berharap Datuk Seri Najib menjalankan pemerintahan dengan adil berlandaskan matan dan semangat Perlembagaan. JIM ingin mengingatkan bahawa Perlembagaan itu telah meletakkan kedudukan yang tinggi kepada agama Islam sehingga hanya dengan memelihara agama Islam perlembagaan negara dapat dilaksanakan. Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan dirinya sebagai “undang-undang utama Persekutuan” [Perkara 4 (1)] mengukuhkan lagi kedudukan Islam kerana terkandung di dalam Perlembagaan itu, dan disebut terlebih dahulu bahawa, “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan. .” [Perkara 3 (1)]. Menurut Perlembagaan, “kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong...dan kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri” [Perkara 39]. Oleh itu Perdana Menteri sebagai ketua jemaah menteri, hendaklah menjalankan pemerintahan dengan memenuhi sumpah DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk “...taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana Undang-undang dan Perlembagaan Negeri …mengaku dengan sesungguh dan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam..” [Jadual 4 Bahagian 1]. Oleh itu JIM berpandangan wajarlah Datuk Seri Najib menjadikan Islam sendi kepemimpinannya.

Melafazkan sumpah dengan menyeru nama Allah tiga kali adalah pengalaman yang syahdu. Ia mengingatkan tanggungjawab yang dipikul tidak dikongsi dengan orang lain. Itulah sebabnya para khalifah sentiasa memulakan pemerintahan mereka dengan mencari orang yang boleh membetulkan mereka jika mereka tersilap. Omar al-Khattab, khalifah yang kedua amat bersyukur ada sahabat yang sedia membetulnya walau dengan pedang. JIM mengesyorkan Datuk Seri Najib juga membuka ruang syura (consultation) yang luas dan mendengar teguran rakyat tanpa saringan.

Datuk Seri Najib mengambil alih teraju negara dalam suasana cabaran yang besar. Cabaran kemelesetan ekonomi dunia harus ditangani dengan mencari penyatuan kehendak politik (political will), kerjasama dan pelaksanaan langkah-langkah pemulihan yang adil. Cabaran kepada kewibawaan diri Datuk Seri Najib sendiri, seperti yang berhubung dengan urusan pembelian kapal selam Scopene, isu yang dikaitkan dengan kes Altantuya dan isu cubaan rasuah politik di Perak, hendaklah dijawab dengan menghilangkan sebarang rasa sangsi rakyat.. JIM mengesyorkan Datuk Seri Najib menjelaskan melalui saluran yang ada seperti di mahkamah atau kepada suatu suruhanjaya bebas. Berdiam diri atau mengambil tindakan menekan (suppression or repression) akan hanya mengesahkannya di dalam pemikiran rakyat.

Semoga Allah membimbing Datuk Seri.

Zaid KamaruddinPresidenPertubuhan Jamaah Islah Malaysia


Terakhir dikemaskini ( Friday, 07 Rabi'ul Akhir 1430 16:44 )

Minda Pimpinan

Temubual Bersama Presiden

Iklim Dakwah 70-anApabila ditanya tentang faktor-faktor yang membuka p...
Banner

burung unta

Destinations
Negeri / Johor / Ladang Burung Unta
Ladang Burung Unta

Ladang ini diasaskan pada bulan Mac 2001 dan menawarkan lawatan berpandu yang menyeronokkan bagi pelawat melihat burung yang unik ini. Pelawat dapat mempelajari lebih dengan mendalam mengenai spesis burung yang tidak berupaya terbang ini, dan berpeluang memerhati burung ini pada jarak dekat.

Kanak-kanak dan juga orang dewasa pasti akan tertarik dengan lawatan berpandu serta peluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai burung unta ini. Tahukan anda bahawa burung unta menghasilkan telur yang terbesar di dunia? Pada kebiasaannya telur ini seberat 1.5kg dan isipadunya sama seperti 24 biji telur ayam.

Burung unta bukan sahaja diternak untuk hasil telurnya, bahkan ianya juga diternak untuk hasil daging, bulu burung unta, serta kulitnya yang diguna untuk menghasilkan pelbagai produk berasaskan kulit.

Burung unta berasal dari Afrika dan kini boleh dijumpai di berbagai negara di serata dunia.

Tips
Ladang ini dibuka untuk lawatan dari hari Isnin hingga Ahad; 10 pagi hingga 6 petang. Lawati laman web www.geocities.com/ostrichwonderland.
Top
Talian Untuk Dihubungi
Ladang Burung Unta, EMR 15 Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor Tel / Faks: 07-8265846 Res: 07-8263536 E-mel: dostrichf@myjaring.net
Top
Mengenai Ladang Burung Unta
Tips
Talian Untuk Dihubungi
Tarikan di Johor
click for more info Gunung Ledang - Diselubungi legenda misteri dan cerita dongeng, Gunung Ledang terus mempesona dan menarik kunjungan pelancong tempatan dan asing.
click for more info Muzium DiRaja Sultan Abu Bakar - Istana Besar Johor mula dibina pada 1864 dan siap pada 1866.
click for more info Pulau Sibu - Pulau yang panjang ini terletak berhampiran tanah besar Johor dan dipenuhi gua-gua yang menarik.
tarikan seterusnya >>
Penginapan di Johor
The Zon Regency Hotel By The Sea - Terletak di kawasan Zon Bebas Cukai Johor dan kompleks hiburan.
Hotel Katerina
The Puteri Pacific Hotel
penginapan seterusnya >>
Agensi Pelancongan
Acara di Johor
Tourism Malaysia
Virtual Malaysia e-Tourism Portal
Hubungi Kami | Peta Laman | Laman Korporat
Hakcipta © 2008. Semua Hakcipta Terpelihara Tourism Malaysia. Terma Pengunaan